Followers

Tuesday 19 June 2012

Endometriosis, Senggugut, dan Wanita Berkerjaya



Shared from Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia 


Penyakit endometriosis merupakan satu jenis penyakit yang agak luar biasa. Mungkin ramai yang tidak mengetahui tentang penyakit ini sedangkan sekarang semakin ramai wanita yang menghidapnya. Di antara masalah yang ditumbulkan oleh penyakit ini ialah senggugut dan kesakitan, kemandulan dan keguguran yang mungkin berulang-kali. Ia juga tidak boleh dipandang mudah kerana senggugut yang kerap mungkin menandakan kehadiran endometriosis. Ia juga boleh menyebabkan pelbagai jenis masalah seperti pendarahan, gangguan kencing, kesakitan, dan lain-lain. 


APAKAH SEBENARNYA PENYAKIT ENDOMETRIOSIS? 


Penyakit endometriosis ini adalah satu keadaan luar biasa di mana tisu dari selaput dalam rahim yang digelar ´endometrium´ telah tumbuh di luar rahim. Selaput ini biasanya luruh bersama-sama darah haid. Oleh itu campuran darah dari rahim dengan tisu yang telah berkecai daripada lapisan endometrium serta kuman-kuman bakteria, menjadikan apa yang digelar ´darah kotor´ atau darah haid. 


APAKAH TANDA-TANDA ATAU GANGGUAN? 


Tanda yang paling utama sekali di kalangan wanita ialah senggugut ataupun kesakitan pada bawah perut dan pinggang. Senggugut ini mungkin dialami dari sejak remaja lagi dan ia berterusan dan mungkin tidak reda walaupun selepas berkahwin. Ada sesetengahnya lega sekejap selepas berkahwin dan melahirkan anak, tetapi senggugut ini akan timbul semula akibat daripada penyakit endometriosis. Kesakitan yang dialami biasanya berlaku sebelum datangnya haid yang biasanya berbentuk kesakitan yang amat kuat pada bahagian ari-ari dan sering juga ke bahagian pinggang. 


Biasanya sakit akan hanya reda selepas dua atau tiga hari sahaja, tetapi jika keadaan di mana endometriosis ini telah merebak, kesakitan ini mungkin akan berterusan waktu haid dan walaupun haid sudah berhenti kadang-kala kesakitan masih ada lagi. Ini menunjukkan bahawa penyakit ini berada di peringkat teruk dan mungkin telah melibatkan dinding atau otot rahim. 


Gangguan lain ialah ketidaksuburan dan kemandulan. Ini adalah masalah besar di kalangan penghidap-penghidap penyakit endometriosis. Mereka tidak sedar yang penyakit ini mungkin telah timbul, yang mereka tahu ialah mereka sukar untuk mengandung, samaada buat kali pertama ataupun selepas melahirkan seorang anak ia tidak dapat hamil lagi beberapa tahun kemudian. 


BAGAIMANA SELAPUT ENDOMETRIUM INI BOLEH TUMBUH DI LUAR RAHIM? 


Biasanya tempat-tempat di luar rahim di mana tisu endometrium ini tumbuh ialah pada kilang telur (ovari), belakang rahim (utero sacral ligament), saluran fallopian, pundi kencing, kadang-kala di tempat-tempat yang aneh seperti parut bekas pembedahan untuk melahirkan anak ataupun pembedahan untuk tujuan lain. Endometrium ini juga boleh tumbuh pada dinding atau otot rahim menyebabkan penyakit yang digelar Adenomyosis. 


Bagaimana tisu endometrium ini boleh tumbuh pada tempat-tempat yang luar biasa, tidaklah diketahui dengan tepat. Terdapat beberapa teori yang cuba menjelaskan berlakunya keadaan seperti ini. Di antaranya ialah ada kemungkinan darah kotor melimpah atau tumpah ke belakang rahim melalui saluran fallopian. Mungkin ini disebabkan oleh rahim yang kedudukannya luar biasa, iaitu jatuh ke belakang ke arah tulang tongking (retroverted uterus). 


Ada juga yang mengaitkan bahawa endometriosis ini sering berlaku di kalangan wanita-wanita yang sering tertekan jiwa mereka (stress), yang mudah menggelabah dan di kalangan mereka yang sangat mementingkan kerjaya dan mereka yang tinggi I.Q.nya. 10 hingga 20 peratus wanita di seluruh dunia menghadapi masalah endometriosis dan antara 30 hingga 40 peratus daripadanya adalah mandul. 


Ada juga yang mengatakan bahawa sistem ketahanan pada wanita tersebut telah lemah dan lentur, oleh itu tisu- tisu yang patut keluar dari tubuhnya kini menyerang semula tubuh badannya sendiri. Apa yang terjadi ialah apabila tisu endometrium ini melekat pada tempat-tempat tertentu, ia mulai tumbuh. Lapisan endometrium menjadi tebal akibat daripada rangsangan hormon wanita dalam pusingan haid dan apabila haid berlaku lapisan endometrium tersebut juga akan mengeluarkan darah. Jika keadaan begini berlaku dalam telur (ovari) lama-kelamaan darah akan berkumpul serta menyebabkan apa yang digelar ovarian cysts atau chocolate cysts kerana mengandungi darah kotor yang berbentuk seperti pasta coklat. . 


PENGESAHAN PENYAKIT ENDOMETRIOSIS 


Daripada tanda-tanda tersebut kita sering mengesyaki pengidap penyakit endometriosis dan ini dapat disahkan melalui beberapa pemeriksaan serta ujian. Apa yang biasa dilakukan yang mempunyai tanda-tanda ialah pemeriksaan kemaluan dan dari situ doktor dapat mengesan kedudukan rahim mungkin jatuh ke belakang (retroverted) dan bila disentuh bahagian belakang rahim ia akan merasa kesakitan. Ujian ultrasound melalui faraj (vaginal sonography) adalah sangat penting kerana ia boleh mengesan tumbuhan cyst pada bahagian kilang telur. 


RAWATAN PENYAKIT ENDOMETRIOSIS 


Oleh kerana kebanyakan daripada mereka yang bertemu doktor mengalami ketidaksuburan ataupun berulangkali gugur yang mungkin disertai oleh senggugut, mereka memerlukan rawatan yang sewajarnya. Yang penting sekali tujuan rawatan ialah untuk wanita tersebut hamil, kerana keadaan hamil boleh mengawal pertumbuhan atau menghapuskan sama sekali penyakit endometriosis ini. 


PEMBEDAHAN UNTUK MEMBUANG ENDOMETRIOSIS 


Jika terdapat ´chocolate cyst´ ataupun keadaan rahim yang terbalik (retroverted) pembedahan akan dilakukan. Biasanya saya sendiri mencadangkan pembedahan secara laparoscopy disertai dengan pembedahan kecil pada bahagian bawah perut dengan irisan lebih kurang dua atau tiga inci untuk membuang tumbuhan ´cyst´ serta untuk membersihkan dan membuat cautery atau tembakan pancaran laser pada bahagian-bahagian yang terkena tumbuhan endometriosis. 


Pembedahan ini juga membolehkan doktor membetulkan rahim dengan menjahit rahim ke otot perut di bahagian hadapan (ventro-suspension of the uterus). Setelah ini dilakukan, bahagian peranakan serta bahagian sekitarannya akan dibasuh dengan cecair untuk menghilangkan segala kotoran dan keracunan yang dikeluarkan oleh endometriosis. Jika terdapat kesumbatan pada saluran fallopian ketika pembedahan, keadaan ini juga boleh diperbetulkan sekali. 


Selain daripada secara pembedahan, rawatan dengan ubat-ubat sering juga dilakukan. Di pasaran terdapat banyak ubat-ubat hormon yang digunakan di antaranya hormon-hormon Progesterone yang mana diantara jenamanya ialah Primulut, Norculut atau lainnya yang digunakan selama enam hingga sembilan bulan dengan tujuan untuk menghentikan haid. Juga terdapat ubat-ubat seperti Danazol yang mana tujuannya adalah sama, iaitu untuk menghentikan haid dan mengurangkan tumbuhan endometriosis ini. 


Dalam beberapa tahun yang lepas ubat-ubat terbaru yang diberikan secara suntikan sebulan sekali dan terdapat pelbagai jenama seperti Zoladex dan lain-lain untuk digunakan selama enam hingga sembilan. Suntikan-suntikan tersebut agak mahal sedikit dan ia memberi kesan sampingan seperti yang dialami oleh wanita yang sedang putus haid manakala kesan sampingan yang lain seperti apabila memakan pil Danazol ialah perubahan-perubahan yang menimbulkan sifat kelelakian seperti tumbuh rambut dan suara menjadi kasar. Peningkatan timbang berat juga merupakan satu kesan sampingan. 


Pembedahan untuk membuang rahim dan ovari juga satu rawatan yang akhir bagi mereka mengalami penyakit endometriosis yang teruk sekali dan semua organ seperti rahim dan kilang telur telah rosak. Ia mungkin tidak berfungsi lagi dari segi kesuburan dan daya upaya untuk hamil. Di samping itu ia menyebabkan masalah kesakitan yang amat sangat setiap bulan ataupun secara berterusan dan mengganggu kerja harian. Ia mungkin juga menimbulkan gangguan haid yang tidak terkawal yang mengganggu kehidupan seharian, hubungan suami isteri dan juga mengganggu wanita-wanita kita untuk membuat amal ibadah. 


BOLEHKAH PENYAKIT BERULANG? 


Pada kebiasaanya jika wanita itu hamil dalam masa setahun selepas pembedahan, kemungkinan ia berulang agak kecil. Tetapi jika tidak hamil lepas dua tahun, kemungkinan berulang adalah besar. Selain dari kehamilan, kita tidak mengetahui dengan tepat kaedah mencegah penyakit endometriosis daripada berulang. Tetapi amalan mengawal makanan, iaitu dengan menjauhkan makanan yang menyebabkan alahan seperti beberapa jenis makanan laut, daging lembu atau kambing. Banyakkan sayuran dan protin dari ikan dan kacang soya. Latih diri untuk tenang fikiran dan gangguan emosi. Gunakan berbagai kaedah untuk menangkis stress. 


Penyakit endometriosis ini ialah satu penyakit yang aneh di mana banyak perkara yang tidak ketahui tetapi ia menimbulkan berbagai-bagai masalah pada wanita. Kita tidak tahu mengapa darah kotor berkumpul di belakang rahim dan di kilang telur. Ada sesetengah pakar perubatan Islam yang beranggapan bahawa darah ini adalah makanan jin dan mungkinkah ada kaitan ´orang halus´ ini mengganggu peranakan seseorang wanita dan mengganggu agar ia tidak boleh mempunyai zuriat. Oleh itu kaedah-kaedah rawatan alternatif juga perlu dilakukan serentak dengan cara moden, kaedah perubatan Islam, kaedah ubatan tradisional selagi cara tradisional itu tidak menyebabkan syirik ia boleh diamalkan. Mungkin terdapat ubat-ubat herba yang belum dikenalpasti lagi yang mungkin masih ada di hutan kita yang berpotensi untuk merawat penyakit endometrosis dan memulihkan keadaan subur seperti biasa. 


Di antara pemeriksaan yang penting bagi wanita ialah "pap smear" bagi mengesan penyakit kanser pangkal rahim, pemeriksaan payudara dan mammography untuk mengesan kanser buah dada, pemeriksaan ultra-sound scanning untuk mengesan kanser pada kilang ovari. Sebaiknya, wanita yang pernah bersalin dan dalam pertengahan umur, patut menjalani ujian-ujian tersebut sekurang-kurangnya setahun sekali. 


Penyakit-penyakit wanita yang juga penting pada masakini, ialah jangkitan kuman, tumbuhan "endometriosis" dan "fibroid". Wanita yang mengalami gangguan haid, seperti senggugut, haid yang berpanjangan dan berlebihan, atau haid yang tidak tentu masa patutlah berwaspada. Lain-lain tanda seperti keputihan yang mungkin menandakan jangkitan atau luka pada pintu rahim; kesukaran untuk hamil dan berlakunya gugur yang berulang, ini juga mungkin ada kaitan juga dengan penyakit seperti "endometriosis". 


Penyakit-penyakit ini hanya boleh dikesan oleh doktor dan pakar sakit puan. Wanita-wanita sepatutnya mengambil langkah utama untuk mendapatkan rawatan daripada doktor yang terdekat sekali di rumah untuk pemeriksaan awal dan jika perlu doktor ini akan merujuk kepada doktor pakar yang sewajar untuk mendapatkan rawatan yang selanjutnya.




Testimonial PB dr penghidap "endometriosis". 


Testimonial 3:: 

“ InsyaAllah PB dapat membantu utk masalah endometriosis..I dulu pon ada cyst die due2 belah rahim before mengandung, sepanjang mengandung alham
Testimonial 1:: 

" I pakai after 5bulan operation cyst. Sbb selalu turun naik alor setar walaupun tgh berpantang, sepatutnya pakai awal lagi. Sakit sket2 lagi. Tapi bila pakai tak rasa sakit pun, jalan pun steady aje. After a month pakai I notice parut jahitan dh hilang, dan semakin surut menjadi semakin rata nak jadi mcm kulit biasa dah berbanding sebelum pakai. Selain bekas jahitan, parutnya juga semakin cerah. Perut bawah pusat jugak semakin flat, kalau tidak selepas operation bulat mcm bola. Terbaru I batuk secara tiba2, paling tak tahan kalau tak pakai long girdle. Terasa sakit dan ngeri bila batuk, tertarik urat dekat area bekas jahitan. At the moment rasa happy bekas jahitan makin flat. Tak pernah tahu PB boleh bantu hal ni, tak perlu saya nk cari ubat lain hilangkan parut. I am happy! " 


Testimonial 2::


" i mmg ada cyst..after a few months pki trs check kt doc n doc ckp dh kecil n xperlu wat pembedahan utk buang pon..sbnarnye cyst ni i tau time pregnt my 1st bby mmg risau...doc suggest jgk buang tp xsmpt nk buang, pregnt yg 2nd plk...mmg ms pregnant cyst sama membesar dgn baby...alhamdulillah still boleh lahirkan cara normal...n lps 4bln deliver br jmpa PB n trs pki je endup cyst pon dah kecut...mgkin kalu check smla dah xnampak la kot....syukur alhamdulillah..." dulillah cyst mengecut, tapi jadi balek bila start 1st period lepas bersalin..alhamdulillah lps pki PB, endometriosis dah tak ada, senggugut pon tak pernah kene..just to share my endometriosis history utk semua..:) “ 



Adakah anda salah seorang dr penghidap Cyst or endometriosis??Kita xkan tahu sehinggalah ada kesakitan yg berpanjangan rite??or mgkn cyst tu dh ada dlm bdn kita,kita je xsedar akan kehadirannya.tapiiii if senggugut kita boleh rasa sakitnya kan??beza antara kita tahap kesakitannya saje..so, why not kita cegah n rawat senggugut tu dulu sebelum makin teruk sehingga boleh menyebabkan endometriosis..mizz myself pun pernah mengalami senggugut yg sgt teruk,sejak dr awal period lg kot..sakitnya tuhan je yg tahu,sudahnya panadol lah yg jd teman setia kala itu,walaupun diketahui panadol tuh bukannya elok utk kesihatan bdn kita..Alhamdulillah,kesakitan senggugut tu berakhir bila dikenalkan ngn PB..almost a year with PB,senggugut is totally gone!!period cycle pun makin baik n teratur..no need to telan panadol berpapan2 lagi..and hopefully will prevent me from endometriosis too,amin..takut kot baca hal2 penyakit wanita ni,aneh2 je kan??jom kwn2,mulakan pencegahan sekarang!!lets start with PB,salah satu ikhtiar tuk cegah penyakit endometriosis..ayuhh!! 


CONTACT / SMS MIZA (019-2939097
PM @ FB : Hamizah Shalah Huddin


0 comments:

Post a Comment